Saringan Kesihatan NADI Linggi di Program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026

30 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

29 Ogos 2026 – Program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 turut diselitkan dengan aktiviti Saringan Kesihatan di NADI Linggi yang bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan menjaga kesihatan.

Saringan yang dijalankan merangkumi pemeriksaan BMI, tekanan darah dan glukos dalam darah. Seramai 11 orang peserta telah berpeluang menjalani saringan kesihatan bagi mendapatkan gambaran awal mengenai keadaan kesihatan diri.

Aktiviti ini turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala sebagai langkah awal dalam menjaga dan memantau kesejahteraan diri.

Secara keseluruhannya, aktiviti saringan kesihatan mendapat sambutan yang baik serta memberi manfaat kepada komuniti yang menyertai program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali